top of page

KARNIVAL USAHAHAWAN merupakan projek sulung Peniaganita Sabah dengan kerjasama SUPERB event management.  Projek ini disasarkan untuk dilaksanakan sebagai satu projek jelajah negeri Sabah dengan sasaran tiga Bandar utama iaitu:

 

  • Kota Kinabalu September

  • Sandakan November dan

  • Tawau Disember

  • Keningau masih dalam pertimbangan dan pilot servey.

 

Karnival Usahawan ini akan memaparkan beberapa sub program yang mungkin sekali imbas tidak menggambarkan aktiviti keusahawanan. Disinilah letak kelainan Karnival Usahawan 2018 yang melihat sector perusahaan dalam konteks yang luas tetapi dengan penelitian yang bersifat mikro. 

 

Melalui program Pertandingan Memasak dan Pertandingan Dandanan Pengantin kami cuba menyedarkan masyarakat bahawa dua sub sector diatas sebenarnya mempunyai potensi yang begitu besar dan menjanjikan peluang untuk maju kehadapan serta amat mudah diceburi.

Battle Buskers yang kami jadualkan sebagai program penutup jelas melaungkan kepercayaan kami bahwa BUSKING bukan sahaja satu cara untuk mengelakkan generasi muda bergiat dalam gejala yang kurang sehat tetapi juga mampu menjanan pendapatan. Lalu apalah salahnya jika kita menggalkkan BUSKING sebagai satu cabang perusahaan dan bukan setakat seni jalanan. Siapakah yang berani menidakkan kenyataan bahawa ada diantara penggiat buskers ini lebih berbakat dari mereka yang bergelar seniman. Faktor yang membezakan mereka hanya satu iaitu peluang. Karnival Usahawan akan membuka peluang kepada seluruh buskers di negeri Sabah untuk menentukan di manakah mereka sepatutnya  berada.

Keseluruhan sektor perusahaan sebenarnya terbentuk dari kumpulan individu pengusaha. Kami percaya sektor perusahaan akan berkembang lebih pesat tanpa adanya persaingan yang tidak sehat jika setiap individu dalam sektor berkenaan mempunyai tubuh badan yang sehat, cara berfikir yang sehat dan selalu berusaha untuk menacari titik persamaan bagi membentuk kerjasama dan tidak berusaha menjatuhkan orang lain. Senam tari adalah saranan kami sebagai satu aktiviti riadah mudah, menyehatkan dan meriangkan. Manakala Pertandingan perwakilan Budaya bukan bermaksud membandingkan seni budaya bangsa tetapi mencari titik persamaan yang boleh kita jadikan sebagai asas untuk saling bekerjasama bagi kepentingan bangsa dan Negara.

 

Sebagai akhirnya, dengan merangkumkan seluruh program Karnival Usahawan kami yakin dan percaya bahawa ia akan dapat memberi impak kepada kemajuan sektor perusahaan dinegeri Sabah samada dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, pemasaran, kebudayaan dan kesenian.   Kesan akhirnya akan memberi impak yang besar dalam sektor pelancungan. 

 

Bersama dengan keyakinan di atas kami meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan kerjasama dari setiap Jabatan Kerajaan yang bersangkutan bagi melancarkan perlaksanaan Karnival Usahawan 2018.

Carta Organisasi

TidungDanser_small.jpg

AKAN DATANG

KARNIVAL USAHAWAN

KOTA KINABALU

September 2018

SANDAKAN

November 2018

TAWAU

Disember 2018

31hb Dis 2018 hingga 3hb Jan 2019

Capture.PNG
bottom of page